Wah2 pejam celik pejam celik dah nak abis bulan Ramdhan ni . Sementara di bulan ramdhan ni cepat-cepat lah rebut pahala banyak2 . Bulan ni jek Allah gandakan berlipat kali ganda amalan. Setiap huruf Quran akan dgandakan pahala . Itu huruf bukan ayat tau!

Di kesempatan ini Nizam nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan juga mari kita sama2 mengejar Malam LailatulQadar. Aku sekarang ni pon selalu stay up huhu. Nak sangat jumpa malam tu. Korang balik raya mana ni? Aku balik Bidor, Perak. Bagi yang update blog mesti penuh dengan entri raya kan? Huhuhu. Tapi yang buat pasal Niche blog macam Piratz , Amanz , dan yang lain2 plak macam mana? Huhu Korang update jelah kat status FB dan Twitter korang. Keh3

LAGU RAYA

Di samping Raya ni Aku nak share dengan korang Lagu2 raya yang korang nak download . Tak payah susah-susah nak Google sana sini. Aku da carikan untuk korang .

Pergi Ke Link Ini

Kat link tu bermacam2 lagu raya korang boleh download . Si saudara Aizuddin telah uploadkan secara bulk untuk korang semua. Download jelah ye :) Lepas tu burn kat CD pakai Nero

BALIK KAMPUNG

Apa macam persiapan korang ? Da get ready? Aku baru jek balik dari Kl menaiki kereta seorang Pensyarah UITM Shah Alam untuk Mekanikal. Save duit aku.

Raya ni family ku balik Perak. Korang balik mana? Ada yang jauh2 tak? Apa2 pon pastikan keselamatan di Jalan Raya tu penting. Ajal di tangan Tuhan . Bila2 masa diorang boleh tarik. Ingatlah yang tersayang :) . Kereta check betul2 dan packing barang jangan lupa plak barang2 basah . Aku selalu terlupa .* Tuala, Berus gigi dan sebagainya* . Benda2 cam nampak simple kan? Huhu

K korang pape pon Selamat Hari Raya!