Asalamualaikum semua dan Salam sejahtera,

Hari ini punya entri memang special bagi sesiape yang akan diinterview untuk scholarship, university,college, dan juga untuk lepasan spm yang masih blur2 untuk mencari scholarship. Bukan itu sahaja malah ade info tentang scholarship dan amount yang korang boleh terima. Entri kali ini nizam  buat special punya *ala2 special edition* sebab apa? Sebab  entri ni nizam sudah buat research yang banyak malah mengandungi pengalaman nizam dan yang lain sebagai seorang lepasan spm. Korang bukan lepasan SPM? Anda boleh kongsi kan ilmu ini kepada adik-adik anda atau sedara mara korang .

Awas entri kali ini sangat panjang tapi penuh dengan manfaat bagi korang dan adik-adik korang.

Read More ——>

Ok kita mula dengan senarai scholarship yang boleh anda mohon

PETRONAS

1)     PETRONAS (http://spmonline.petronas.com.my)

Sebenarnya PETRONAS telah pun mengeluarkan satu borang bagi lepasan pelajar SPM (iaitu sebelum mendapat keputusan SPM). Anda hanya perlu dinilai dalam peperiksaan trial SPM sahaja. Selepas anda membuat permohonan anda akan diminta tunggu dan semak selalu website PETRONAS. Apabila anda dimaklumkan anda terpilih untuk temuduga anda akan dikehendaki menyediakan beberapa dokumen dan  datang ke UTP di Teronoh, Perak untuk menghadiri program EDUCAMP. Anda akan menjalani ujian saringan selama 3 hari merangkumi  Ujian Logik Akal, Perbincangan didalam kumpulan, dan beberapa Ujian yang memerlukan keyakinan dan sifat kepimpinan dalam diri.Beberapa hari kemudian pihak PETRONAS akan memanggil yang layak untuk memulakan pengajian di UTP walaupun anda belum mendapat keputusan SPM.

Selepas SPM PETRONAS sekali lagi akan mengeluarkan borang permohonan di laman web PETRONAS. Pada kali ini anda hanya perlu kemukakan keputusan SPM anda.  Anda juga boleh memilih untuk melanjutkan pengajian didalam Negara atau diluar Negara.

Kedua-borang di atas akan dikenakan caj RM 20.00 setiap satu di CIMB bank. Sila pastikan keputusan trial SPM ATAU SPM sebenar anda melepasi syarat yang ditetapkan oleh pihak PETRONAS.  Jikalau anda berjaya anda akan ditawarkan dengan duit pembelian Laptop (had RM 3500), biasiswa RM 500 sebulan, tempat tinggal percuma, pengajian percuma.

MARA

JPA

2)      MARA DAN JPA (http://esilav2.jpa.gov.my/)

Pada zaman sekarang ini MARA dan JPA telah disatukan bagi mengelakkan pelajar mendapat dua tawaran dalam masa yang sama. Jadi sebab itu Nizam meletakkan MARA dan JPA sekaligus dalam satu topik. Di laman web JPA anda akan diminta untuk mohon di bawah MARA atau JPA. Sila pilih yang betul- betul anda rasa sesuai. Tak tahu? Nizam terangkan. Jikalau anda pilih —>

JPA

  • Bersaing dengan pelajar Cina dan India
  • Temuduga secara berkumpulan
  • Menjalani Temuduga dalam Dwi-bahasa (Melayu dan English)
  • Ada contract bekerja dengan kerajaan

MARA

  • Hanya pelajar Bumiputera
  • Temuduga secara individu

Jika anda berjaya kemungkinan sekali biasiswa yang akan anda terima adalah RM 430 sebulan tetapi bila anda sudah fly anda akan terima duit lagi banyak berserta duit persedian fly untuk beli bag dan yang lain-lain.

3)      YAYASAN TENAGA NASIONAL(YTN)( http://yayasan.tnb.com.my/sam/)

Anda boleh mengisi borang di laman web yang di sediakan. Anda juga boleh pilih sama ada mahu belajar dalam Negara atau luar Negara. Kebiasaannya jika pilih dalam Negara anda akan ditempatkan di UNITEN di Selangor. Jikalau anda pilih diluar Negara anda akan belajar di Malaysia selama 2 tahun kemudian fly.

4)      TM
5)      Khazanah
6)      Sime Darby
7)      Felda

Anda boleh juga rujuk laman web ( http://ohmalaysia.com) untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa yang terdapat di Malaysia.

Jika anda berjaya anda akan ditawarkan sama seperti MARA dan JPA. Sudah tentunya bila anda sudah fly anda akan terima lagi banyak duit.

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA

Interview Personally

Dalam apa jua temuduga anda perlu menyediakan:

  • Maklumat diri( Nama, Tempat tinggal, dan yang anda rasa berkaitan)
  • Asal sekolah
  • Point yang penting untuk anda dipilih ke program tersebut
  • Sebab anda layak ke program tu? Heheh ini susah bukan

Baju

Bagi Lelaki

  • Pilih baju yang plain (satu warna sahaja dan warna yang lembut kalau boleh)
  • Lengan panjang mungkin lagi sesuai
  • Seluar slack( Jangan korang buat hal nak pakai jeans )
  • Tali pinggang sudah tentu
  • Tali leher yang kena dengan warna baju
  • Bagi nampak terpelajar lagi masukkan kertas kosong satu di dalam poket dan sangkutkan pen di kocek baju depan anda.

Perempuan

  • Baju kurung yang kena dengan warna  tudung sudah sesuai bagi anda.

Bagi sesiapa yang rasa nak pakai jaket atau kot, anda tidak dilarang tetapi ia seolah-olah menampal kertas notis ( Shoot Me) di dahi anda. Hehe . Tapi jika anda rasa sesuai silakan , tidak menjadi masalah.

Semasa temuduga

  • Masuk kedalam dengan secara hormat dan tatatertib. Pastikan anda beri salam semasa masuk dan ketuk pintu jika mahu masuk.
  • Duduk dengan kaki lurus semua 90 darjah termasuk badan
  • Tangan anda mungkin boleh letakkan di atas paha anda.
  • Sentiasa murah dengan senyuman walau bengis macam manapun pengawai itu. Hehehe

MARA

MARA biasanya akan menemuduga secara individu. Sentiasa bersedia apa jua soalan.

JPA

JPA menemuduga secara berkumpulan. Anda akan diminta membuat perbincangan didalam kumpulan secara 2 kali. Kali pertama anda akan diminta berbincang didalam BI selama 15 minit . Begitu juga BM . Ingat anda hanya akan menerima masa perbincangan yang sangat sedikit mungkin 5 minit tak pun 3 minit. Memang sangat sikit. Tajuk yang selalu diperbincangkan adalah Bagaimana anda memperkenalkan Malaysia kepada luar Negara . Corporate Social Rensponsibility, Pengajian di Luar Negara dan Dalam Negara mana lagi baik.

Apa yang terjadi kepada Nizam dulu Nizam di temuduga secara kumpulan dimana semua dalam kumpulan Nizam adalah Chinese. Masuk saja bilik temuduga perkenalkan diri secara ringkas dan kemudian diberi tajuk seperti yang Nizam cakap di atas. Pada mulanya tiada sesiapa yang mahu mulakan perbualan tetapi Nizam tanpa segan silunya pecahkan kesunyian itu dengan ayat “Can we discuss now”. Hehehe. See the tactic? Anda seolah terus menjadi ketua disitu. Kemudian anda bincang lah seperti di dalam syarikat berbincang. Jadi professional ok.

NIZAM AMBIK SCHOLARSHIP APA?

Ok, Nizam akan tulis seringkas mungkin mengenai scholarship Nizam. Selepas Trial SPM Nizam mohon satu program dibawah Yayasan Pelajaran Mara(YPM) untuk melanjutkan pengajian di Jepun. Pada masa itu Nizam main isi jek sebab Kaunselor cadangkan ambik sahaja. Semasa menuggu SPM Nizam telah dipanggil pihak YPM untuk ditemuduga di hotel di JB. Pada masa ini seramai 2000 orang dari setiap negeri telah dipanggil untuk temuduga ini, dan ini bermaksud seramai 28 000 orang memohon dari satu Malaysia. Alhamdulilah Nizam berjaya melepasi temuduga ini. Dari berpuluh ribu orang yang ditemuduga hanya 200 orang sahaja terpilih untuk pergi ke Wisma Belia di KL untuk menghadiri kursus intensif Bahasa Jepun selama 2 bulan di situ. Manfaat juga cuti yang digunakan untuk menunggu keputusan SPM. Selepas melalui ujian dan berbagai2 temuduga akhirnya hanya 90 orang sahaja yang dipilih untuk membuat persedian di UNISEL Shah Alam selama 3 tahun dan 2 tahun di Jepun. Ini jelah seringkas mungkin Nizam dapat buat. Panjang ceritanya sebenarnya.

Terdapat lagi beberapa kaedah scholarship yang lain yang menggunakan kaedah saringan dan bermacam- macam lagi. Jikalau anda betul- betul berminat anda boleh layari laman web ini ( http://recom.org) . Di laman web itu anda akan Nampak forum perbincangan semua budak-budak yang akan fly ke bermacam-macam Negara. Anda juga boleh dapat tips yang berguna disitu. Insyaallah.

Jikalau anda mahu bertanya ataupun mengucapkan terima kasih (^_^) sila lah komen di bawah ini . Jya ne ( selamat tinggal)

P/s* Sory lambat post sebab duduk kat kampung tak dapat line internet yang kukuh