Sempena cuti short semester ni aku dan bersama2 member yang lain plan untuk perg ke Pulau Pangkor. Dengan berbudjetkan RM 150 korang boleh dapat 2 hari 1 malam : Chalet (with aircond, astro, heater shower) , Tempat main volleyball , Snorkelling, Swimming, Riding Boat, dan satu set makan satu hari termasuk BBQ. Oh ya! Sebelum aku lupa nama tempak kitorang pergi ialah Teluk Nipah. Mari aku detailkan ceritanya di Pulau Pangkor

CHALET

Chalet ni siap dengan Aircond, Shower Heater, 6 Katil , 1 Almari Besar, Aircond, TV lengkap dengan Astro. Chalet ni diberi nama Seagull . Kalau korang pergi mana2 vacation adalah digallakan korang bawak plug yang boleh pecah kepada banyak tu. You will know why it is usefull

Lagi Gambar – Here

BBQ

Dalam packages BBQ korang boleh makan Ikan Bakar, Hotdog, Ayam, Ketam dan juga Udang yang dimasak gulai. Actually BBQ ni diorang yang masak bukan kita. So mngkin pada sesetengah orang itu adalah menyenangkan coz tak perlu nak kena asap dan sebagainya, tetapi sebaliknya mungkin ada orang suka ‘hard ways’ . Jadi terpulanglah kan

Lagi Gambar – Here

SNORKELLING

Didalam banyak2 perkara yang menarik tentang Pulau Pangkor ini adalah Snorkelling. Korang dapat tengok ikan secara dekat , Coral Reef ( Dalam BM Terumbu Karang ea) . Korang set time pukul berapa nak pergi ke pulau menaiki bot . Nasihat aku cubelah try Snorkelling Pagi dalam kul 9 dan petang dalam pukul 4~5 . Ini untuk mengelakkan korang dehidrasi lama2 dalam air laut serta matahari yang panas . Korang akan dapat dua benda iaitu :

Dengan dua bende ni korang (insyaalah) selamat dalam lautan . Huhu. Jacket yang oren tu akan membantu korang sentiasa terapung dimana2 saja korang berada di lautan. Even korang dah 2 meter dari dasar laut pon korang masih terapung. So make sure korang pakai betul2 jangan sampai terlepas. Google dan tempat pernafasan tu penting bila korang nak lihat dasar laut dan ikan2 termasuk benda2 yang ‘pelik’ kat dasar laut .

Bila korang snorkelling pastikan kaki korang sentiasa ke atas, tenang jek. Macam kes aku , Aku macam agak clumzy so aku asyik letak kaki ke bawah jek. Hasilnye kaki aku luka2 kecil sebab kena batu karang . So korang elakkan lah benda2 macam ni berlaku. Try be relax in the water .

Oh ya! animal in up here they called kote mamak/keling. Some rumours says if you squeze them, white sticky liquid will come out **Harap budak2 kecik yang baca tak faham english** .Hehehe . . Ada juga landak laut , Coral reef tapi tak dapat nak ambik gambar coz nanti kamera rosak.

Selain dari yang diatas ni korang akan dibawa berjalan2 menaiki van pergi ke setia lokasi yang menarik di pulau ini . Ada satu tempat yang memproses Sate kering dan pelbagai2 lagi produk ikan dan sotong . Boleh lihat di sini- Here .

IKAN BAKAR

Kalau korang berkesempatan trylah ikan bakar kat sini sebab kat sini sangat murah ikan bakar especially korang memang orang Malaysia. Kitorang beli 2 ekor ikan pari = RM 35 (gambar di atas)  campur dengan satu ikan besar Talang = RM 10 (masak 3 rasa). Memang berbaloi!

Lastly nasihat aku kalau korang nak pergi Pulau Pangkor ni better korang pergi sendiri2 tanpa menggunakan orang tengah untuk contact or handle vacation korang. Ini digalakkan kalau ada sorang member ko penah pegi sana. Dengan cara ini lebih murah dan banyak bende korang boleh saving money!